Thursday, October 7, 2010

Pasar pagi Teluk Ketapang

Malam td sembang2 dgn mak psl barang2 utk rumah baru. Pastu teringat plak yg saya nak cari bantal. Saya nak bantal kekabu. Ari tu ada jual kat kg saya tp skrg kedai tu dh jadi kedai bundle. Mak kata kat pasar Teluk Ketapang ada. So set dgn mak pagi esok nk g tgk.

So pagi td dlm kul 8.30 saya, mak dan 2 org adik p terjah dgn niat utama nak cari bantal kekabu. Rupanya ada lagi gerai yg tak buka, so kitorang round2 dulu cari makanan. Bila dh agak ramai org tu round lagi, tapi x jumpa gerai jual bantal tu. Hampa rasanya, xpelah cari kat lain la ..Sudahnya beli makanan utk sarapan je.

tapi best jugak psl banyak benda ada kat sini. Pendek kata macam2 ada lah..



 kusyuk adik ni susun sayur..


 geram jugak tgk cotton nih..






 terliur tgk pucuk paku ni, segar..


 last2 beli murtabak nih..sedapp!

Pas balik rumah, makan2 pastu terus g rumah makcik saya di Chabang 3 psl dia satu family p johor utkkonvo anak sulong. So tinggal la anak dia yg form 5 tu sorang2. Saya p teman dia la.


Eh, hari ni start sua rasa kan? Rasa nk pegi laaaa...


MySpace

Tuesday, September 21, 2010

Rojak betik emak saya

Tadi kat ofis, kawan saya tanya camne nak buat rojak betik. Saya pun terliur sama rasa nak makan, lama dah tak makan.Terus teringat kat mak saya pasal dia selalu buat. Hehehehe saya pun tepon mak jap nak mintak la resepi nak bagi kawan kan. Baru je nak tanya resepi rojak betik, alih alih mak saya kata :

" Mok tengoh buat kuoh rojok la ni, balik kekgi beli timun je. Betik ada doh..."

Waaaahh megik kan, baru terasa nak makan mak dah buat dah..hahahaha

Balik rumah tadi selepas makan nasi terus pekena rojak betik. Sedaaaaappp, tapi tak bleh makan banyak takut sakit perut hahhahahhaa.


Resepi Rojak Betik Mak Saya

Bahan2:-
  • Betik separuh masak
  • Timun batang
  • Ikan selayang @ kembung 
  • Cuka
  • Lada boh
  • Gula
  • Air
Cara-cara :-
  • Ikan direbus atau panggang. Kemudian ambik isi ikan dan tumbuk sampai halus.
  • Satukan lada boh, cuka, air, gula dalam satu bekas. Kacau sampai gula larut. Cuka letak sikit-sikit takut terlebih masam. Kalu terlebih masam tambah lagi air dan gula.
  • Perasakan sampai sedang elok. Tak terlalu masam dan cukup manisnya.
  • Masukkan ikan yang telah ditumbuk tadi dan gaul sampai sebati.
  • Parut betik muda dan hiris timun batang.
  • Lagi best kalu makan dgn keropok keping.
Selamat menjamu selera.

MySpace

Thursday, September 2, 2010

Majlis berbuka puasa di IQ Terengganu

Salam 26 Ramadhan,

Kebiasaannya tiap2 tahun ofis saya akan buat satu majlis berbuka puasa bersama staf dan board directors. Tahun2 lepas biasanya buat di hotel la, thn lepas di Felda Residence. Tahun ni kami tertanya2 jugak nak buat kat mana ye. Risik punya risik akhirnya chairman x stuju buat kat hotel. Beliau request supaya buat di Rumah Anak2 Yatim Darul Falah ataupun di Institut Al-Quran. 

Saya dpt tahu Darul Falah dah penuh jemputan berbuka so pilih IQ lah. Kita akan bawak makanan dan berbuka di sana. Diorang kat IQ hanya sedia pinggan, bekas dan sebagainya.

Saya dan pakcik botak sampai dlm 6.40 pm trus masuk p dewan. Tgk student tgh wat persiapan. Diorang adakan tahlil dlu kemudian berbuka dgn kurma dan solat maghrib, pastu baru makan di dewan ni.

IQ ni terletak depan rumh  baru saya je. thn dpn kalu nk berbuka di sini lagi senang lah ai..hehehe



persiapan yg dibantu oleh adik2 hafizah


 menu :- ikan tilapia 3 rasa, sup daging, ayam masak merah, smbal belacan, kacang pjg goreng rempah dan nasi putih. pastu ada puding cocktail dgn buah2an.

selepas

sebelum..hahahaha, masa nak ambik gmbr bukan main ayu sorang2..hahaha

geram tgk budak ni. nama dia batrisya anak opismate saya mama yati.

comelnye. geraaamm! sampai rumah teringat2 lagi kat budak ni..

anak suzie yg kecik molek mcm mamanya..

Tahun depan insyaallah buat lagi di sini. sejuk mata tengok adik2 hafiz dan hafizah. seronok berbuka bersama diorang.

Lagi 6 hari mau raya~

MySpace

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka di Sumai Suite Hotel

Salam 14 Ramadhan..

Eh, dah 14 ramadhan? sekejap je kan. Rasa baru lagi sambut 1st Ramadhan. Tulah zaman sekarang ni orang kata sebulan tu macam seminggu jek..hahaha Setahun plak macam sebulan..betul ke..? ;)
Kemaren ni Bhg Kerajaan Tempatan SUK anjurkan majlis berbuka puasa di Sumai Suite Hotel. Dan saya follow je pakcik botak.. hehehe

Cakap tulis banyak2 tak guna, kita layan gambar ye ;)

 model wajib. motip buat gitu :P


kak wan semangat cite psl hang tuah fail spm..kahkahkah


the newlywed, najwa dan farizul. bakal menjadi mommy n daddy

lauk berbuka nye ada macam macam. ada gulai kawah, ikan bakar, murtabak, roti canai, kuih muih..


ada  ikan singgang, sayur mayur dan bnyk lagi lah..saya malas nak round habis..


cuba teka mana satu saya punya? hehehe

 geng2 kontrol macho..hahaha jgn marah..

Bagi saya makanan di sini macam macam jenis. u name it, u got it. ces ckp org puteh plak. betul tak tipu, banyak gile. saya cuma ambik nasi goreng skit dgn lauk ayam 2 potong, buah dan 2 keping kek butter nipis. pastu air cendol dgn yee mee ratna skit. sebab makanan bnyk sangat so tak tau dah nak makan apa. Nanti banyak makan ngantuk plak nk terawikh.

Oh, itu je laporan berbuka puasa utk hari yg ke 13. kita jumpa lagi di lain waktu. babai...

MySpace

Saturday, August 21, 2010

Pekan Batu 6

Salam 12 Ramadhan ;)

 Sekejp je masa berlalu. Hari ni dah 12 Ramadhan. Hampir 2 minggu kita berpuasa. Dan ini kali ini barukali pertama saya ke pasar ramadhan yang dekat dgn rumah saya.

Pekan Batu 6 ni kalu nak kira bersebelahan dengan kampung saya. Masa kecik-kecik dulu, Pekan BAtu 6 la yg jadi tempat shopping kami sekeluarga. Pegi jalan kaki je. Kadang-kadang saya naik basikal ikut mak jalan kaki pasal nak bawak  balik barang yg mak shopping.

Dari kelengkapan sekolah, baju raya, makanan harian semua ada. Sekarang Pekan Batu  berubah seiring arus pemodenan. Dan mak saya pun jarang sgt shopping barang kat sini tapi masih membeli lauk-lauk basah untuk dimasak.

Kalu bulan puasa, akan ada pasar Ramadhan di sini. Semalam saya pegi utk kali pertamanya. Bukan tak suka pegi tapi malas nak bersesak dgn orang ramai.

label, kalu g straight menghala ke airport. juga lalu depan rumah saya ;)


ramai giler ..


deretan gerai


beli yon tau foo jap. kena rm6.90. oklah blh mkn 3 org ;)


beli murtabak kat sini. tapi pakcik botak nak murtabak ayam. saya lagi suka yg daging. layan je, suami kan..


sekarang ni dah ada pasaraya si comel. comel ke..? hahaha


tak lupa kedai kasut you. banyak juga kasut, handbag yg dijual. saya x pernah masuk lagi ;)

Kalu boleh nak ambik banyak lagi gambar tapi malu ;) hehehe tak lah, saya tak bawak handset. Ni guna pakcik botak punya handset. Nanti saya nak buat entry khas pasal pekan batu 6 ni. Memang mengibau kenangan la.hehehe
 ok babai!

MySpace

Friday, August 20, 2010

Makanan pelik ayah ku ;)

Ayah saya seorang yang agak pelik bab makanan ni. Dia suka makan campur campur lauk. Dia suka makan pengat, tak kira lah pengat pisang ke pengat ubi ke asal yg manis pastu letak ikan goreng. Tak tau lah kut memang ada yang makan gtu.

Ini adalah makanan berbuka dia semalam .

asam gumpal + durian + cincau


yang ni tak pelik pung, cuma saya x pernah makan kalu budu + durian. Ni ramai yg suka ;)

Hari ni berbuka di mana ye ? MySpace

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan!

Ramadhan datang lagi. Sekejap je masa berlalu. Saya rasa baru je lagi bangun sahur masa puasa thn lepas, skrg ni puasa lagi. Betul lah org kata sekarang ni setahun mcm sebulan je ;)

Sempena bulan yg mulia ini, saya dan pakcik botak ingin memohon kemaafan kepada semua kawan2 di alam maya ini. Andai ada tersilap kata harap dimaafkan. Semoga bulan yg penuh keberkatan ini akan memberi sejuta rahmat buat kita semua. Sama2 lah kita mengejar pahala yg terkandung dlm Ramadhan.

Selamat berpuasa !

MySpace

Friday, August 6, 2010

Makan durian di Lata Cangkah II

Plan ni dibuat beberapa hari yg lps. Sbnarnya TA Majlis Daerah Setiu yg ajak mkn durian kat tmpat dia. Mulanya ingt x jadi psl pakcik botak kata kena p kemaman ada majlis dgn MB. Last2 minit majlis cancel plak so blh p mkn durian.

Bincang pnya bncang janji jmpa kat dpn MDS kul 8.30 pagi so kami bertolak dr rmh dlm 7.30 pagi gtu. Perjalanan makan masa lbh kurang sejam dr Kuala Terengganu. Smpai dpn MDS dlm 8.30 pstu mkn dulu. Alas perut dlu, kata nk mkn doyan kan. hahaha

Sudah mkn follow TA p lata cangkah. Tempat ini terletak di Hulu Setiu, lbh kurang 10 km dr jalan bsr tp smpai je tmpat memang cantikk!! ada batu2 tp ada satu kwsan yg lapang xde batu, air pun x dlm mana, so kitorang mndi kat situ. Kitorang sampai awal juga dlm 9.30 pagi so xde org lagi la. Geng2 kami je. 

Mula2 mkn durian dulu, pastu baru mandi. Air nye sejuuuukkkk bekuuu! menggigil terketar2.


tmpat ni x ramai yg tau lagi..


limau gajah bali, duku, pulut durian pun ada. sape nak mkn nih?


durian 2 bakul ni kena habiskan..hahaha larat ke x


ni kwsan depan..kitorang x mandi sini


kitorang mandi sini, air x laju, xde batu dan luas. boleh lah nk berenang kuak kupu2 ke, rama2 ke.haahaha saya berenang katak je reti. psl x smpat abis bljr, kolam kena tutup psl nk baiki. bila nk buka ntah. opps melalut..


TA Shamsuri gigih buka durian. buka ke..? hehehe


kitorang bukan hantu durian tp durian ni sedap la, x muak. durian bukit kut.


mandi time! sejuuuuukkkk!!


mandi time! x ramai pun yg join. saya dgn pakcik botak. TA dgn anak 2 org pstu 1 family kwn TA, yg lain x join. so kita je kat situ. sejam pastu baru ada budak2 lain dtg.


 sibur2 ni jinak tul. brp kali main2 terbang pastu hinggap atas kepala pakcik botak.hehehe jgn dia bertelur sudah..hahaha eh sibur2 bertelur dlm air kan?


 hehehe comel nye kepala sibur2 itu :-P

Dlm sejam lbh pastu dh ramai org dtg. so since kitorang pun dh gigil2 so balik je la. durian x abis mkn bwk balik lg. 

saya mmg balas dendam dpt berenang puas2 psl dh lama x berenang. kolam tu bila la nk buka, dh setahun tutup.

itu je la cite hari jumaat. yg pastinye memang best dpt mandi air sejuk. next time blh dtg lagi. bagi korang yg nak rasa boleh la try tmpat ni, dia xde air terjun tp tenang la kalu nak mandi, sesuai kalu bwk budak2.

MySpace