Tuesday, September 21, 2010

Rojak betik emak saya

Tadi kat ofis, kawan saya tanya camne nak buat rojak betik. Saya pun terliur sama rasa nak makan, lama dah tak makan.Terus teringat kat mak saya pasal dia selalu buat. Hehehehe saya pun tepon mak jap nak mintak la resepi nak bagi kawan kan. Baru je nak tanya resepi rojak betik, alih alih mak saya kata :

" Mok tengoh buat kuoh rojok la ni, balik kekgi beli timun je. Betik ada doh..."

Waaaahh megik kan, baru terasa nak makan mak dah buat dah..hahahaha

Balik rumah tadi selepas makan nasi terus pekena rojak betik. Sedaaaaappp, tapi tak bleh makan banyak takut sakit perut hahhahahhaa.


Resepi Rojak Betik Mak Saya

Bahan2:-
  • Betik separuh masak
  • Timun batang
  • Ikan selayang @ kembung 
  • Cuka
  • Lada boh
  • Gula
  • Air
Cara-cara :-
  • Ikan direbus atau panggang. Kemudian ambik isi ikan dan tumbuk sampai halus.
  • Satukan lada boh, cuka, air, gula dalam satu bekas. Kacau sampai gula larut. Cuka letak sikit-sikit takut terlebih masam. Kalu terlebih masam tambah lagi air dan gula.
  • Perasakan sampai sedang elok. Tak terlalu masam dan cukup manisnya.
  • Masukkan ikan yang telah ditumbuk tadi dan gaul sampai sebati.
  • Parut betik muda dan hiris timun batang.
  • Lagi best kalu makan dgn keropok keping.
Selamat menjamu selera.

MySpace

1 comment:

  1. sedapnya..sy perantau..nok beli betik mengkal mmg tok jupe.tp kan td siang terjumpa betik dh sagat..dok le brp nok mengkal tp bulihlah nok makan sket..hehhe. mitok resepi ye.. esok nok wat

    ReplyDelete