Salam 26 Ramadhan,
Kebiasaannya tiap2 tahun ofis saya akan buat satu majlis berbuka puasa bersama staf dan board directors. Tahun2 lepas biasanya buat di hotel la, thn lepas di Felda Residence. Tahun ni kami tertanya2 jugak nak buat kat mana ye. Risik punya risik akhirnya chairman x stuju buat kat hotel. Beliau request supaya buat di Rumah Anak2 Yatim Darul Falah ataupun di Institut Al-Quran.
Saya dpt tahu Darul Falah dah penuh jemputan berbuka so pilih IQ lah. Kita akan bawak makanan dan berbuka di sana. Diorang kat IQ hanya sedia pinggan, bekas dan sebagainya.
Saya dan pakcik botak sampai dlm 6.40 pm trus masuk p dewan. Tgk student tgh wat persiapan. Diorang adakan tahlil dlu kemudian berbuka dgn kurma dan solat maghrib, pastu baru makan di dewan ni.
IQ ni terletak depan rumh baru saya je. thn dpn kalu nk berbuka di sini lagi senang lah ai..hehehe
persiapan yg dibantu oleh adik2 hafizah
menu :- ikan tilapia 3 rasa, sup daging, ayam masak merah, smbal belacan, kacang pjg goreng rempah dan nasi putih. pastu ada puding cocktail dgn buah2an.
selepas
sebelum..hahahaha, masa nak ambik gmbr bukan main ayu sorang2..hahaha
geram tgk budak ni. nama dia batrisya anak opismate saya mama yati.
comelnye. geraaamm! sampai rumah teringat2 lagi kat budak ni..
anak suzie yg kecik molek mcm mamanya..
Tahun depan insyaallah buat lagi di sini. sejuk mata tengok adik2 hafiz dan hafizah. seronok berbuka bersama diorang.
Lagi 6 hari mau raya~
No comments:
Post a Comment