Wednesday, December 5, 2012

ABC warung Katana - The best in town


Hahaha ini ikut selera saya lah. Memang the best in town. Tak tau lah selera orang lain plak. Tapi air jagung Lan Banana tetap di hatiku hahahaha.


ABC ni dia letak abc cendol dlu kat bawah, dgn cendol, air nisan pastu parut ais lg kat atas dan yg bestnya ada chip coklat.


Kepada sesiapa yg terliur terutama Ina yg tgh pregnant sila maafkan hamba penunggu gua. Sila dapatkan ABC ni di warung Katana jalan Wakaf Beruas. hehehe

Sunday, March 11, 2012

Menikmati keenakan mi jawa di Pantai Teluk Gadong

Waaah bestnyeee.

Jumaat balik Dungun, pastu petang tu PB ajak jalan-jalan sampai la depan Uitm kat Teluk Gadong tu. Ingat nak makan ABC sekali jumpa plak kedai ni.


 Sebenarnya nampak simbol 'A' tu. Sah-sah lah bersih kan. Dorang  buat keja pun kat luar tu je kita nampak lah. Sekali nmpak mee jawa. Wooot nak try lah, lama dah tak makan nih.

Tapi servis lambat skit la psl kedai dia depan belakang, pastu sorang je tukang ambik order. Takpe, kita sabaaaarr.


PB order mee kari. Hmmm boleh la tp minyak banyak..


Tu diaaaa! Mee jawa suda mariii! Sedap gile sumpah tak tipu..


Ni bukti sedap. hahahaha seudahnye nak balik dr Dungun singgah lagi beli  bungkus utk makan kat rumah hehehehee.

Thursday, January 26, 2012

Keropok lekor Sg. Rengas ~ boleh lawan keropok lekor BTB ni.

Ye memang sedap wei keropok lekor Sg. Rengas ni. Ni satu alternatif kalu takmo keropok BTB. Sg Rengas ni laluan kalu aku nak balik umah mak di Banggol Air Lilih. Kami dr Telaga Mengkudu potong jalan Sg. Rengas pastu tembus kut Pulau Musang terus g laluan Manir jadi memang lalu la. Tak penah berenti pasal dok kena timing sokmo kalu lalu, tutup. Ari tu dia buka plak.

Nak beli goreng tapi habis. Beli rebus lah. Try makan dlm keta panas-panas lagi, mak aihhhh sedap nyeee. Rasanya lagi sedap dari BTB tu.

Pastu lalu plak tgk org beratur, terus tanya goreng ada dok? Ada lah, best2..beli yg goreng dgn rebus sekali nanti balik makan umah mak.





Keropok goreng dia penuh dgn ikan, lembut. Begitu jg keropok rebus. Alahai terliur plak.

Wednesday, January 11, 2012

Kedai Buku Wan Ariffin

Kalu balik Dungun mesti tertarik nak singgah kat kedai nih, tapi tak singgah pun hinggalah minggu lepas ajak PB gi.






Banayak gilerrrr buku dalam kedai ni dan mostly keluaran DBP lah. Buku lama-lama, rujukan, novel semua ada. Tak terkira, tak larat nak jenguk. Tapi end up tak beli apa pun sebab aku tengok novel keluaran DBP ni lebih kepada sastera skit, huhuhhu.

Rindu Pustaka Munirah :(


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Saturday, January 7, 2012

Satar Kemaman dan Keropok Sura

Kedua-dua makanan di atas adalah peberet kutapi keropok lah yang paling ku suuuuukkkaaaa sangat!


Kalu balik Dungun mesti kena gi beli kepok sura ni.




Tak tahu pulak berapa inggit sepeket ni sebab ni makcik yg bagi. Tips nak goreng kena goreng dengan api perlahan supaya kulit popia bahagian dalam juga garing.





Beli hok goreng panas-panas boleh makan selalu. Hehehehe pastu beli plok hok frozen balik umah kekgi goreng je.. Dap nyeeeeee..


Ni kedai dia kat Kg Sura. Org Dungun mesti tau punya.




Org Dungun mesti kenal nih.