Thursday, January 14, 2016

Cendol Durian Pok Mie

Assalamualaikum wbt.

Kali ni nak share pasal cendol durian jugak. Haii senang plak nak cari cendol durian kat Trg skrg hahaha. Dulu2  kenal cendol durian ni masa gi Kuala Selangor. Makan cendol Durian Borhan. Fuh memang terbaik. Tapi kali ni lagi terbaik kut hehehe.

Sebenanrnya saya ternampak pasal cendol Pok Mie ni dalam FB. 2 hari lepas nak pegi lah tapi terlajak pulak encik suami bawak kereta. Hari ni kebetulan keluar p pos barang tadi pastu jalan2 bawak anak sedara. Masa nak balik tu dahaga pulak hahaha. Alasan nak makan cendol je hahaha. Tetiba teringat cendol durian ni. Gamble je lah pasal tak tau sangat lokasi sebenar. 

Rupanya senang je nak cari kedai ni. Lokasi nya di jalan Sg Rengas, berhadapan Restoren Seri Wangsa. Dari simpang 3 tu masuk je hala ke nak gi restoren tu lah kemudian nampak le. Ada bunting Cendol Durian Pok Mie.




Yg baju hitam tu la tuan punya kedai. Abg Suhaimie. Asal Labuan, Sabah tapi menetap di Kerteh. Kemudian datang ke Kuala Terenggaanu buka kedai cendol kat sini. Orangnya ramah tamah. Panjang bersembang tadi siap masuk bab ekonomi. Bukan sembarangan orang Abg Suhaimie ni. Dekat Kuantan pun ada cendol durian ni kalau tak salah di Indera Mahkota. Akan datang akan datang akan dibuka berhampiran Kolej ShahPutra insyaallah.



Cendol nya nampak biasa sahaja tapi percayalah memang sedap. Saya tadi ingat2 nak tambah semangkuk lagi tapi malu kat encik suami huhuhuhuhu. Rasanya memang original cendol dan berbeza dengan Cendol Madu ni. Bini nya asyik makannnnn je hahahaha. Ok lain kali pasti kami datang lagi.

Waktu operasi lupa pulak nak tanya. Tapi rasanya dari tengahari tu dah start beroperasi cuma sampai petang atau malam saya tak pasti. Banyak sangat sembang tadi sampai lupa nak tanya hahahaha. Harga cendol ni tak ingat nak tanya suami tadi brp hahah.


Roma Kitchen - Kedai western food yg best!

Assalamualaikum wbt. Kali ni nak cerita pasal western food. Saya dan suami memang penggemar makan barat ni terutama sapgheti, chicken chop dan yg simple2 dan biasa makan tu lah. Dan saya sendiri pon suka memasak dan mencuba menu western food ni sebab ianya senang dan ringkas tapi sedap. Ok xyah pjg sgt mukaddimah, kita terus ke perkara utama hahahaha.

Ok kali ni saya nak kongsi satu kedai makanan barat yg nampak dr luarannya simple je xde decoration tapi menu memang terbaik!

Lokasi kedai ini adalah di Padang Midin. Kalau dr bandar Kuala Terenggau ianya terletak di sebelah kiri. Kedai nya tepi jalan je nampak signboard warna kuning Roma Kitchen.


Pelan lokasi.



Gambar ni kredit dr Roma Kitchen's FB


ini nama nya Sirloin Steak. Kami makan ni masa celebrate birthday suami saya akhir thn lepas. Memang sedapppp. Haritu kami call dulu sebelum sampai sebab kalau boleh masa sampai tu tak nak la tunggu lama heheheh.


Ni pulak chicken chop. Memang sedap. Sekarang ni kan treng org jual chicken chop harga murah. Yg Roma Kitchen ni RM 5 sahaja. Sebenanrnya ni masa kali kedua saya makan chicken chop ni. Kali pertama dulu harga nya RM 11. Portion nya lagi besar dr yg sekarang lah. Kali kedua pergi tgk harga dah lain. Rupanya tuan kedai dah turunkan harga. Tapi memang berbaloi dan puas hati.


Ini namanya Nachos. RM 8 kalau tak silap. Lupa dah. Sedap jg. Ada kelainan sebab cicah dgn sos cheese tu dan tomato chunky. Gambar nachos ni kredit kpd FB Roma Kitchen.

Anda boleh like FB Roma Kitchen (klik) ataupun follow instagram Roma Kitchen. Kalau nak datang ramai tu anda digalakkan utk call dulu dan buat tempahan, takut  nanti menunggu lama pulak. Terutamanya pada waktu puncak i.e masa dapat gaji, hari cuti dll. 

No tel Roma Kitchen : 0123385212

Kafe Cendol Madu - cendol madu yg sedap !

Assalamualaikum wbt. Sebenanrnya blog ni dah lama dibuat cuma lama x aktif. ok memandangkan kami suami isteri suka sangat mencuba makanan baru di tempat kami, so saya pikir kenapa saya tak kongsi je dalam blog? sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan kpd sesiapa yg ingin berkunjung ke Trg.

Ok, entry pertama di tahun 2016 ni dimulakan dgn cendol.

 Kedai ni namanya Kafe Cendol Madu. Lokasinya adalah di Wakaf Beruas. Landmark nya kalau dr Simpang 4 Tokku tu terus je sampai nampak Kedai Bunga Usrah, kemudian pi depan skit anda kena u-turn sebab kedai ni belah kanan (kalau dr Simpang Tokkuu, kalau anda dr Bukit, Payong/ Jalan Kuala Berang, kedai ni duk belah kiri lah)


Ni namanya Cendol Nangka Madu. Ni masa 1st time saya pegi. Masa tu kedainya baru je buka.


Ini cendol pauh. 


Ni plak cendol durian. Baru je pegi 2 hari lepas hahaha.

Cendol madu ni rasanya lain skit dari cendol biasa tapi memang sedap dan anda kena cuba kalau dtg ke Terengganu. Kedai ni beroperasi dr 11 pagi - 11 malam (kalau tak silap). nanti saya akan update lg details mengenai kedai ni.

Wednesday, December 5, 2012

ABC warung Katana - The best in town


Hahaha ini ikut selera saya lah. Memang the best in town. Tak tau lah selera orang lain plak. Tapi air jagung Lan Banana tetap di hatiku hahahaha.


ABC ni dia letak abc cendol dlu kat bawah, dgn cendol, air nisan pastu parut ais lg kat atas dan yg bestnya ada chip coklat.


Kepada sesiapa yg terliur terutama Ina yg tgh pregnant sila maafkan hamba penunggu gua. Sila dapatkan ABC ni di warung Katana jalan Wakaf Beruas. hehehe

Sunday, March 11, 2012

Menikmati keenakan mi jawa di Pantai Teluk Gadong

Waaah bestnyeee.

Jumaat balik Dungun, pastu petang tu PB ajak jalan-jalan sampai la depan Uitm kat Teluk Gadong tu. Ingat nak makan ABC sekali jumpa plak kedai ni.


 Sebenarnya nampak simbol 'A' tu. Sah-sah lah bersih kan. Dorang  buat keja pun kat luar tu je kita nampak lah. Sekali nmpak mee jawa. Wooot nak try lah, lama dah tak makan nih.

Tapi servis lambat skit la psl kedai dia depan belakang, pastu sorang je tukang ambik order. Takpe, kita sabaaaarr.


PB order mee kari. Hmmm boleh la tp minyak banyak..


Tu diaaaa! Mee jawa suda mariii! Sedap gile sumpah tak tipu..


Ni bukti sedap. hahahaha seudahnye nak balik dr Dungun singgah lagi beli  bungkus utk makan kat rumah hehehehee.

Thursday, January 26, 2012

Keropok lekor Sg. Rengas ~ boleh lawan keropok lekor BTB ni.

Ye memang sedap wei keropok lekor Sg. Rengas ni. Ni satu alternatif kalu takmo keropok BTB. Sg Rengas ni laluan kalu aku nak balik umah mak di Banggol Air Lilih. Kami dr Telaga Mengkudu potong jalan Sg. Rengas pastu tembus kut Pulau Musang terus g laluan Manir jadi memang lalu la. Tak penah berenti pasal dok kena timing sokmo kalu lalu, tutup. Ari tu dia buka plak.

Nak beli goreng tapi habis. Beli rebus lah. Try makan dlm keta panas-panas lagi, mak aihhhh sedap nyeee. Rasanya lagi sedap dari BTB tu.

Pastu lalu plak tgk org beratur, terus tanya goreng ada dok? Ada lah, best2..beli yg goreng dgn rebus sekali nanti balik makan umah mak.





Keropok goreng dia penuh dgn ikan, lembut. Begitu jg keropok rebus. Alahai terliur plak.

Wednesday, January 11, 2012

Kedai Buku Wan Ariffin

Kalu balik Dungun mesti tertarik nak singgah kat kedai nih, tapi tak singgah pun hinggalah minggu lepas ajak PB gi.






Banayak gilerrrr buku dalam kedai ni dan mostly keluaran DBP lah. Buku lama-lama, rujukan, novel semua ada. Tak terkira, tak larat nak jenguk. Tapi end up tak beli apa pun sebab aku tengok novel keluaran DBP ni lebih kepada sastera skit, huhuhhu.

Rindu Pustaka Munirah :(


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me