Thursday, January 14, 2016

Roma Kitchen - Kedai western food yg best!

Assalamualaikum wbt. Kali ni nak cerita pasal western food. Saya dan suami memang penggemar makan barat ni terutama sapgheti, chicken chop dan yg simple2 dan biasa makan tu lah. Dan saya sendiri pon suka memasak dan mencuba menu western food ni sebab ianya senang dan ringkas tapi sedap. Ok xyah pjg sgt mukaddimah, kita terus ke perkara utama hahahaha.

Ok kali ni saya nak kongsi satu kedai makanan barat yg nampak dr luarannya simple je xde decoration tapi menu memang terbaik!

Lokasi kedai ini adalah di Padang Midin. Kalau dr bandar Kuala Terenggau ianya terletak di sebelah kiri. Kedai nya tepi jalan je nampak signboard warna kuning Roma Kitchen.


Pelan lokasi.



Gambar ni kredit dr Roma Kitchen's FB


ini nama nya Sirloin Steak. Kami makan ni masa celebrate birthday suami saya akhir thn lepas. Memang sedapppp. Haritu kami call dulu sebelum sampai sebab kalau boleh masa sampai tu tak nak la tunggu lama heheheh.


Ni pulak chicken chop. Memang sedap. Sekarang ni kan treng org jual chicken chop harga murah. Yg Roma Kitchen ni RM 5 sahaja. Sebenanrnya ni masa kali kedua saya makan chicken chop ni. Kali pertama dulu harga nya RM 11. Portion nya lagi besar dr yg sekarang lah. Kali kedua pergi tgk harga dah lain. Rupanya tuan kedai dah turunkan harga. Tapi memang berbaloi dan puas hati.


Ini namanya Nachos. RM 8 kalau tak silap. Lupa dah. Sedap jg. Ada kelainan sebab cicah dgn sos cheese tu dan tomato chunky. Gambar nachos ni kredit kpd FB Roma Kitchen.

Anda boleh like FB Roma Kitchen (klik) ataupun follow instagram Roma Kitchen. Kalau nak datang ramai tu anda digalakkan utk call dulu dan buat tempahan, takut  nanti menunggu lama pulak. Terutamanya pada waktu puncak i.e masa dapat gaji, hari cuti dll. 

No tel Roma Kitchen : 0123385212

No comments:

Post a Comment