Thursday, January 14, 2016

Cendol Durian Pok Mie

Assalamualaikum wbt.

Kali ni nak share pasal cendol durian jugak. Haii senang plak nak cari cendol durian kat Trg skrg hahaha. Dulu2  kenal cendol durian ni masa gi Kuala Selangor. Makan cendol Durian Borhan. Fuh memang terbaik. Tapi kali ni lagi terbaik kut hehehe.

Sebenanrnya saya ternampak pasal cendol Pok Mie ni dalam FB. 2 hari lepas nak pegi lah tapi terlajak pulak encik suami bawak kereta. Hari ni kebetulan keluar p pos barang tadi pastu jalan2 bawak anak sedara. Masa nak balik tu dahaga pulak hahaha. Alasan nak makan cendol je hahaha. Tetiba teringat cendol durian ni. Gamble je lah pasal tak tau sangat lokasi sebenar. 

Rupanya senang je nak cari kedai ni. Lokasi nya di jalan Sg Rengas, berhadapan Restoren Seri Wangsa. Dari simpang 3 tu masuk je hala ke nak gi restoren tu lah kemudian nampak le. Ada bunting Cendol Durian Pok Mie.




Yg baju hitam tu la tuan punya kedai. Abg Suhaimie. Asal Labuan, Sabah tapi menetap di Kerteh. Kemudian datang ke Kuala Terenggaanu buka kedai cendol kat sini. Orangnya ramah tamah. Panjang bersembang tadi siap masuk bab ekonomi. Bukan sembarangan orang Abg Suhaimie ni. Dekat Kuantan pun ada cendol durian ni kalau tak salah di Indera Mahkota. Akan datang akan datang akan dibuka berhampiran Kolej ShahPutra insyaallah.



Cendol nya nampak biasa sahaja tapi percayalah memang sedap. Saya tadi ingat2 nak tambah semangkuk lagi tapi malu kat encik suami huhuhuhuhu. Rasanya memang original cendol dan berbeza dengan Cendol Madu ni. Bini nya asyik makannnnn je hahahaha. Ok lain kali pasti kami datang lagi.

Waktu operasi lupa pulak nak tanya. Tapi rasanya dari tengahari tu dah start beroperasi cuma sampai petang atau malam saya tak pasti. Banyak sangat sembang tadi sampai lupa nak tanya hahahaha. Harga cendol ni tak ingat nak tanya suami tadi brp hahah.


No comments:

Post a Comment